biler boyz da sygkan gurlz ~

hyep! entry kali niy nak citer cemane lelaki uh da syg kat gurlz uh ~ hehhehe! slamat membaca! emmm.... bila sorang lelaki dah betol2 jatuh cinta & setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya boleh kiter tngk ngn  jelas. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba menjadi lembut cam kapas.  lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk kekasih dyorg. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hati dyorg terluka. so, sbg  gurlz janganlah ambik kesempatan  atas segala pengorbanan yang dilakukan lelaki untuk gurlz2.. kalau korunk sedar BF korunk always bersungguh-sungguh wat sesuatu untuk korunk ngan rela hati, thats means,  korunk x silap memilih teman hidup. Situasi cam ni dah  terang-terangan sudah menjelaskan perkara sebenar. Dia bukanlah jenis orang yang berdamping dengan korunk  sekadar suka-suka ataupun untuk mengambil kesempatan,tetapi atas dasar cinta yang sebenar. so! untunglah korunk~.
besides that, lao BF korunk always wat hati korunk  senang dan terhibur, thats mean dia nak perhubungan yang serius dari korunk.. dah tntu dalam sesebuah hubungan kita nakkan satu kenangan yang manis untuk dikenang. so, x heranlah  lelaki cam niy always nakkan suasana yg ceria & happening setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidup dyorg. bg dyorg, dah jadik tanggungjawab dyorg tok membuatkan hati orang yang dyorg syg always senang, terhibur n ta der masalah.
Jangan korunk anggap BF korunk tu sorang yg ske  potpet2 klau setiap masa dia cuba memberi korunk nasihat. REMEMBER!  nasihat bermaksud mengingati. Dyorg akan always ingat orang yang dyorg sayangi spya hubungan yang terjalin berjalan lancar tanpa sebarang masalah. tu tandanya dyorg syg giler  perhubungan antara korunk. so, be the open minded person to hear their advice k!
Cemburu! niy lah satu sikap yg pling org tak suka lao becinta!  but lao pkir balik, cemburu sebenarnya tanda orang tu terlalu sygkan korunk n x  mahu hati korunk berubah. Bukannyer maksud dyorg nak kongkong kebebasan korunk, but dyorg cuba ambik berat n take care setiap apa yg kekasih dyorg buat at setiap inci. lao korunk setia, x salahkan lao dia cemburu asalkan x cemburu buta!
klau dah sayang, macam-macam kiter fikir termasuklah bimbang akan kehilanganya.  mcm tu jugak lao BF korunk ckp yg dia selalu fikir n risau pasal ke mana sudah nye hbungan antara korunk tu... thats mean dyorg tu selalu fikirkan pasal hubungan korunk dan mcm mane nak selamatkan drpd berakhir mcm tu jer. Kalau boleh biarlah ke jinjang pelamin, baru berbaloi! kan3????
korunk mesti pernah rasa situasi biler BF korunk  marah n always curiga setiap kali korunk cerita or jumpa mengenai lelaki lain kat depan dyorg. dont woryy!. Bukan bermakna dyorg  nak kongkong perjalanan hidup korunkcuma risau kalau korunk mula berpaling tadah apalagi nila korunk rapat dengan lelaki yang boleh menjadi pencabar terdekatnya. Ini tandanya cinta dyorg begitu mendalam terhadap korunk..
Ada jugak lelaki yang cepat sensitif  &  cepat marah klau apa yang dyorg ckp korunk tak amik peduli, lebih2 lagi dari orang yang dyorg saying giler2 iaitu korunk!  Bagi dyorg.. korunk niy bersikap acuh tidak acuh. Hal ni leyh timbulkan perasaan cemburu meluap-luap, ditambah lagi lao korunk yg leyh jadik pendengar setia dyorg berdampingan pulak  ngan orang lain. mesti dyorg rasa diri dyorg  x berguna….
Lucu kan ??? tapi hakikatnya mcm tulah BF korunk berperangai tidak ubah mcm budak2 kecik semata-mata tuk dapatkan perhatian daripada korunk. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah korunk sayang. Kalau dia merajuk hati, sometimes cuba larr tuk pjuk dyorg. Jangan pulak korunk sangka manja dyorg tu mengada-ngada. Bukan senang lelaki sanggup mengubah sikap machonya kepada seorang lelaki yang berperawakan manja. Hanya untuk orang yang disayangi sahaja.
Bila korunk ada masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah BF korunk. Tu tandanya dyorg  x nak tengok korunk susah dan dengan rasa bertanggungjawab untuk membantu korunk. Dyorg niyh la akan menjadi orang yang paling rajin dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan korunk senang n tak dibebani kerja ataupun masalah. Beruntungnya!
Korunk bagi tau dyorang yg korunk  akan ke satu-satu tempat untuk satu jangka masa yang agak lama. Tiba-tiba dyorg akan jadi menggelabah dan tidak menentu. tu tandanya dyorg langsung tak boleh berjauhan dari korunk n korunk x payah ragu lagi tentang kesetiaan dyorg sbb tu tndanya dyorg dah betul2 setia dngn korunk tau????  =)
Klau BF korunk always Tanya soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tak mahu kasih sayang korunk kat dyorg  kian pudar. That’s why, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar korunk tahu betapa dyorg always nak korunk ingat diri korunk dah dimiliki olehnya.
Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Korunk x terharu kea tngk  sorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi korunk?????. Tu buktinya cinta dyorg begitu kuat utk korunk!!!!
And pengorbanan paling besar akan  menjelaskan lagi betapa dyorg sayang korunk bila BF korunk lebih pentingkan korunk berbanding dirinya. Apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk korunk. Asalkan korunk sentiasa selesa dan berasa selamat setiap kali bersama dgn dyorg. So! For the conclusion,  HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya.... Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI.

*renung2 kn yea~


writing for fun :)

No comments:

Post a Comment