rasa ini pernahkah ?

Pernahkan kamu merasakan, bahawa kamu mencintai seseorang
walaupun kamu tahu ia tak sendiri lagi?

Dan walaupun kamu tahu cintamu takkan berbalas,
tapi kamu tetap mencintainya?

Pernahkan kamu merasakan, bahawa kamu sanggup melakukan apa saja
demi seseorang yang kamu cintai walaupun kamu tahu, dia takkan pernah peduli? Ataupun dia peduli dan mengerti tapi dia tetap pergi?

Pernahkan kamu merasakan hebatnya Cinta?
tersenyum kala terluka, menangis kala bahagia,

bersedih kala bersama, tertawa kala berpisah?

Aku pernah tersenyum walaupun aku terluka,
kerana aku yakin Allah tak menjadikannya untukku

Dan aku pernah menangis kala bahagia,
kerana aku takut kebahagiaan cinta ini akan pergi begitu saja

Aku pernah bersedih kala bersamanya,
kerana aku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti

Dan aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya,
kerana sekali lagi “cinta tak harus memiliki”
dan aku yakin Allah telah menyiapkan cinta yang lain untukku

Aku tetap mencintainya, walaupun dia tak dapat kupeluk dalam pelukanku,
kerana memang cinta ada dalam jiwa, bukan dalam raga !


writing for fun :)

No comments:

Post a Comment