3 janji ^^,

Assalamualaikum :)

selamat petang readers sekalian alam :) nih nak cakap pasal drama kat tv3 :) drama 3 janji :) best ouh citer ouh, boleyh lah layan jiwa2 remaja aku nih. heeee ^^, cerita tuh ganti cerita vanilla cekelat,cerita boyfie housemate aku belakon tuh.. *ini tidak benar sebenarnya. hek3. kalu spa yg nak layan cerita tuh boleh lah tengok kat
tb3 ari selasa pukul 9 malam oke :) yang dudok ostel tuh, dont worry. tonton sentiasa ada :) ngeeeee :)

Kisah ‘3 Janji’ bermula di sebuah kampung yang berjauhan dari bandar. Dalia (Liyana Jasmay) dan Khursyi (Shahrizal Jaszle) berkawan baik sejak kanak-kanak. Mereka hidup berjiran dan hubungan kedua-dua keluarga juga akrab. Dalia dan Khursyi saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi penari tetapi Khursyi yakin Dalia akan berjaya sebagai seorang doktor. Khursyi pula bercita-cita menjadi seorang kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila sampai masa nanti. Malang tidak berbau... Dalam perjalanan mereka ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tidak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Khursyi bersyukur yang dia sudah berjaya menjadi sahabat terbaik buat Dalia, dan kemudian menjadi kekasih yang terbaik dan berazam untuk menjadi suami terbaik buat Dalia. Dalia terharu dan bahagia kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh pula, dia mahu Dalia mencari lelaki yang boleh melaksanakan 3 perkara itu juga. Itulah 3 Janji yang harus dipegang Dalia. Namun, tidak lama kemudian Khursyi meninggal dunia. Bagaikan kehilangan sesuatu dalam dirinya, Dalia pasrah tetapi cuba menguatkan diri untuk meneruskan hidupnya., Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentiasa teringat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursy.

nak tau lagi ? hah, tengok lah cerita 3 janji oke :) layaannnnnnn ~


writing for fun :)

No comments:

Post a Comment