Sony Xperia Z Ultra

assalamualaikum...

hye engkorang semua :) hariniy nak cerita pasal gajet. hahaha. tak sia sia aku tak beli xperia z hari tuh... nahhhh ! tak sampai berapa bulan keluar pulakk yg baru... oyeayeaaahhh ! hahahaha.

FYI, aku niy pengguna setia sony. dari zaman sony ericsson sampai lah ke sony expria sekarang niy :)

Semalam, pihak Sony telah pun mengumumkan telefon pintar bersaiz 6.4-inci mereka secara rasminya, dan kini dikongsikan yang mana peranti tersebut kelak akan dilancarkan untuk pasaran tempatan seawal penghujung Julai ataupun awal Ogos kelak. 

Untuk makluman korang, Sony Xperia Z Ultra membawakan skrin bersaiz 6.4-inci dengan paparan 1080p, cip pemprosesan empa-teras Qualcomm Snapdragon 800 2.2GHz, memori sebanyak 2GB RAM dan juga bateri berkapasiti 3000mAh. Peranti ini dijana menggunakan Android 4.2 Jelly Bean serta menggunakan antaramuka khas Sony.

phablet yang boleh dikatakan agak nipis ini turut sama menyertakan kamera bersaiz 8-megapixel bersama-sama dengannya. Ciri-ciri ikonik Sony, seperti kalis air, debu serta rekabentuk butang kuasa seperti pada beberapa peranti lain turut dikekalkan pada Xperia Z Ultra ini. Telefon pintar ini ditawarkan dalam tiga warna, iaitu hitam, putih dan juga ungu.
and i will choose white. and my cousin yg gila gajet sony jugak will choose purple. ahakksss ! sumpah tak sabar.










writing for fun :)

No comments:

Post a Comment