Malacca !

assalamualaikumm....

hye hye hye ! sehat tak ? gua macam tak bapa nak sehat. tp, korang peduli hape kan. badan aku. bukan korang yang tanggung pun. hahha

actually, kitorang.. eh, siapa kitoarang? --- kitorang tuh aku nadh and huda. dua dua tu housemate aku tahu. ok? paham ? gambar nnti aku tunjuk kat bawah k. --- ok, continue. actually, kitorang stay kat melak 4 hari 3 malam. starting from khamis till ahad. khamis mlm jumaah tuh kitorg stay kat asrama pertam. kenapa panggil pertam ?  sbb asrama tuh ada kat kawasan taman pertam jaya, semabok.

then jumaat petang lepas budak dua orang tuh habis present kitorg pun pegi lah check in hotel. kat melaka nih mmg banyak banyak banyak and banyak banyak banyak hotel. cume nak kena pandai cari and survey. kalau engkorang yg jenis tak kesah pasal budget tak de hal. boleh jer check in mana mana hotel --- avillion ke, casa del rio ker, holiday in ker.. ---- tapi buat kami setudent setudent yang telah sebulan menganggur mana nak cekau duit nak duduk hotel memahal. HAHAH. tak apa, yang penting hotel yg kitorg stay nih best, selesa, selamat dan meyakinkan. yang paling penting, orang melayu punya hotel. we should support muslim business right ? yeay ! hahahha. nama hotel yang kitorg duduk nih ZZZ HOTEL. hah, mmg keje nak zzzzz jer lah kan sbb selesa sangat tapi bila pikir mission ke melaka nak bejalan. korbankan lah waktu tidur tu. HAHAHA

satu malam just enam puluh inggit, tp sbb dah penuh bilik yg enam puluh inggit, kami amik jer lah bilik yang tujuh puluh inggit.murah kan ? sbb biasanya hujung minggu harga bilik akan melambung or mahal sikit dr hari biasa :) hotel nih pun dekat sesangat ngan mahkota parade, uptown pahlawan walk and dataran pahlawan. so, kitorg nak jejalan kat sana tak payah nak sesusah bawak kereta. just jalan kaki jer. nahhhh... jimat dah kan :) wi-fi available :) aircond available :)  kihkihkih. kalau nak carik nih alamat :

21, jalan PM5 plaza mahkota, melaka / 06-2815086



dekat lobi dia siap ada peta lagi untuk tempat tempat menarik yang kita boleh pegi.
here is our room. hihihi
lobi a.k.a tempat melepak
lobi a.ka tempat melepak
depan pintu masuk. suka gila hotel nih. sbb sempoii jer. 
zzzzzzzzzz~~~~

okeyhhh.. perjalanan kitorg bermula jumaat malam sabtu. jumaat malam sabtu tuh kitorg just jalan jalan area bandar hilir dengan berjalan kaki. weeehuuuu~  lepastu naik menara taming sari sbb teringin nak tengok melaka di malam hari. lepastu kitorg pegi cuci mata kat uptown pahlawan walk. lepas shopping and bergambar. apa lagi, balik bilik and tidur sbb hari sabtu bnyk lagi penjelajahan ingin dibuat. hahahah

mahkota parade

dinner :)
subhanallah. cantikkan ?
got a gift from menara taming sari :) 
mata tak berapa nak boleh bukak sbb kene flash. haha


for those yang tak pernah naik taming sari. tiket nak naik RM 10 kalau ada ic and kalau tak ada ic RM20. and kalau naik malam RM 15 sbb dye ada bg supper :)

okeyh. till here all dearest reader. nnti continue on next post :)


writing for fun :)

No comments:

Post a Comment